Thursday, September 11, 2008

Enjoy Reading Utusan

知己知彼,百戰百貹。
That is why, although I don't buy utusan, I love reading it online.
Knowing the ridicule mindset of those who look at the round part of the sky from well.
PKR is right. In fact, they come being right 15 years late cause I was right 15 years ago.
I use to read Berita Harian then, and I was already find it a bit short sighted.
But they are nothing compare to Utusan.
Like what PKR claim, Utusan is UMNO tool to make Malays more stupid and make the clever Malays believe in "Ketuanan UMNO". "Ketuanan Melayu" is just a slogan. "Ketuanan UMNO" is the spirit.

Said too many. Share with you how disillusive and self-cheating can an utusan-educated person be:

Rombongan ke luar negara tanda keyakinan diri

LAWATAN sambil belajar ke Taiwan oleh 49 orang anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) telah dianggap sebagai suatu usaha melarikan mereka yang mungkin akan menyeberangi ke pakatan pembangkang bagi penubuhan sebuah kerajaan baru pada 16 September ini.

Anggapan popular ini menunjukkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berada di situasi kemenangan dalam perang sarafnya bagi menghakiskan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.

Ini juga menandakan sebahagian besar rakyat tidak lagi dapat melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Anwar tidak memerlukan kesemua anggota yang terlibat (30 orang) untuk berada bersamanya bagi membuat pengumuman menyeberang ke pakatan pembangkang.

Jika beliau benar telah mendapat komitmen daripada Ahli Parlimen BN, beliau boleh membuat pengumuman kerajaan baru tanpa kehadiran mereka.

Sebenarnya pemergian serentak begitu ramai Ahli Parlimen BN ke luar negara adalah untuk menunjukkan keyakinan diri, memperkecilkan dan tidak menghiraukan propaganda Anwar, sebaliknya menampakkan kepada dunia luar betapa sokongan padu kepada kerajaan dan kekuatan politik serta ekonomi Malaysia.

Berita pemergian rombongan itu telah mengejut dan memalukan Anwar ketika dia berada di Jakarta baru-baru ini.

Orang ramai mungkin turut berpendapat sama seperti seorang pemimpin DAP yang mendakwa, menghantar rombongan itu memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya.

Kenapa tidak difikirkan bahawa sebenarnya hal itu memalukan Anwar, PKR, Pas dan DAP yang sama-sama berkongsi mimpi tidak berasaskan realiti?

Kegagalan penubuhan kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini sewajarnya mengeluarkan rakyat daripada terus terbawa-bawa dalam arus politik yang tidak rasional.

ZULHAZIQ ZAIRIN

Taman Permata, Kuala Lumpur


See what I mean?

No comments: